Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Ya ALLAH... perkenankanlah ...

Blog EntryFeb 28, '12 9:53 AM
for everyone
Fitnah Terbesar... 


Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
[Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah]

Huraian :- 

1.Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.

2.Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

3.Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.

4.Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

22 CommentsChronological   Reverse   Threaded
harizant wrote on Feb 28
gambar yg tuan letak ni pun saya tengok dah berdebar2....;-))
khaz2011 wrote on Feb 28
Teringat pada Surah At Taubah, ayat 24....
harizant wrote on Feb 28
nnt sy google search surah at taubah itu tuan....

Tapi teringat pepatah melayu yg pernah dipertuturkan oleh nenda saya....

''kekuatan gajah bukan pada gadingnya, tetapi pada kakinya....'' lebih kurang gitulah...... Asas mesti kuat tuan.....huhuhu
anakserigala wrote on Feb 28
salam, memang tidak dinafikan. ya Allah selamatkan hamba mu ini dari fitnah ini amin
harizant wrote on Feb 28
salam, memang tidak dinafikan. ya Allah selamatkan hamba mu ini dari fitnah ini amin
takkan serigala tak leh lawan godaan wanita...kannnn....hehehe
harizant wrote on Feb 28
dah rujuk At Taubah ayat 24

ya, sekatan atau halangan utk berjihad itu banyak - dari harta benda, perniagaan, anak2 dan isteri (suami). Ujian kesanggupan kita itu amatlah besar, maka keimanan dan iktiqad perjuangan ke jalan Allah itu apakah sudah dipersiapkan.....?
rempahratus wrote on Feb 28
terima kasih sdra.. peringatan yang baik bagi kaum Adam dan juga Hawa.. bagus huraiannya.. di dalam rahmat Allah ada juga bencana.. jika rahmat yang dipilih, maka dia akan mendapat pahala & ganjaran-Nya.. jika bencana yang dipilih, maka dia akan mendapat dosa dan siksaan-Nya.. Kita yang memilih, samada pahala atau dosa semuanya menurut amalan kita..
anakcurra wrote on Feb 28
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik

At Taubah ayat 24
anakcurra wrote on Feb 28
gambar yg tuan letak ni pun saya tengok dah berdebar2....;-))
berpuasalah Tuannnn....
anakcurra wrote on Feb 28
Teringat pada Surah At Taubah, ayat 24....
terima kasih Tuannnn... moga menjadi pedoman bagi kita semua
anakcurra wrote on Feb 28
salam, memang tidak dinafikan. ya Allah selamatkan hamba mu ini dari fitnah ini amin
aminnnnn
anakcurra wrote on Feb 28
Kita yang memilih, samada pahala atau dosa semuanya menurut amalan kita..
semuanya bermula dengan NIAT...
harizant wrote on Feb 28
ya tuan, mengenai surah attaubah ayat 24 itu sebenarnya adalah peringatan utk kita semua bhw niat, cita2, persediaan dsb utk berjihad hendaklah diawali dgn niat dan usaha utk bertaubat dari segala dosa, semoga tidak tergolong dlm org2 yg fasik, kerana hidayah Allah utk kita akhirnya turun berjuang tidak akan datang kpd org2 yg fasik. Istinbat ni adalah pemahaman sy sendiri, bukanlah tafsiran dr mana2 ulama atau kitab nuktabar....
rempahratus wrote on Feb 28
baca juga, janji Allah kepada hamba-Nya pada ayat 20 dalam surah yang sama. "(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
anakmageti wrote on Feb 29
Fotonya ini pasti wanita cantik hee hee
anakcurra wrote on Feb 29
hahahhahaha..... itulah yang namanya makhluk yang Allah ciptakan untuk para lelaki... iaitu WANITA..... melihat bayangnya sahaja udah bisa menghancur luluhkan sang LELAKI... hahahahahaha
anakcurra wrote on Feb 29
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.
namun dalam membicarakan topik di atas.. ya jangan di tolak semuanya.... kerna wanita solehah kan sebaik2 perhiasan bagi kita...
anakmageti wrote on Mar 1
Betulllllll setttuuujjjuuuu
(Apalagi kalau cantik hemmmmmm) haaa haaa haaa
kerismalela wrote on Mar 1

(4.Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.)

Amat susah sekali untuk bertemu wanita sebegini di zaman sekarang..
Begitu jua dgn lelaki yang soleh..
anakcurra wrote on Mar 1
(4.Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.)

Amat susah sekali untuk bertemu wanita sebegini di zaman sekarang..
kalau begitu... tanggungjawab kita lah untuk mendidiknya menjadi wanita solehah...
kerismalela wrote on Mar 2
Setuju tuan..
Kalau sudah berjodoh sedemikian, memang menjadi tanggungjawab kita lah untuk mendidiknya menjadi wanita solehah dan kepada yang belum berjodoh pilihlah wanita dengan mengutamakan kesolehannya nescaya InsyaAllah kebahagian hidupnya.
anakcurra wrote on Mar 2
Setuju tuan..
Kalau sudah berjodoh sedemikian, memang menjadi tanggungjawab kita lah untuk mendidiknya menjadi wanita solehah dan kepada yang belum berjodoh pilihlah wanita dengan mengutamakan kesolehannya nescaya InsyaAllah kebahagian hidupnya.
LIKE
Add a Comment
   

KERIS X'Change & Co. One Stop Centre